Jumaat, 13 Februari 2009

Malaysia ku...

Salam untuk semua kawan-kawan..

Buat masa sekarang ni aku masih blur tentang isu politik di perak,
semua berita dari akhbar yang aku baca memihak pada parti politik yang tertentu,di kaca tv pun sama,
tak ada yang boleh menyakinkan hati aku ini untuk menyebelah mana-mana pihak,
masing masing dengan agenda yang tersendiri,bagi aku pulak aku buat keputusan tunggu dan lihat,
apa kesudahan drama politik malaysia ini,mampukah para pendukung politik kita ni membantu
menaikkan ekonomi dan taraf hidup para penyokong mereka,mengekalkan kestabilan ekonomi negara,dan yang paling penting mengukuhkan kuasa politik MELAYU yang semakin pupus ini,dan aku sangat berharap supaya kuasa politik masih ditangan orang-orang melayu tak kira sapa pon memerintah baik UMNO,PAS dan apa jugak parti yang ditunjangi oleh para pemimpin berbangsa MELAYU. Rasanya tinggal kuasa poltik sahaja yang orang MELAYU ada di negara kita MALAYSIA ni,dalam bab ekonomi,kita orang-orang MELAYU ni macam tak nampak pon...
semuanya di pegang oleh penyokong MCA,DAP dan GERAKAN.
Hai orang-orang MELAYU...bangun lah kamu semua dari mimpi indah kamu...jangan tertipu dengan keindahan mimpi itu....

selamat menempuhi alam realiti wahai orang-orang MELAYU..

1 ulasan:

  1. bro..yang penting melayu terus bersatu..ingatlah bahawa iblis dan syaitan berjanji untuk memecah belahkan kaum adam..jadi kita semua jgn mudah terhasut dgn bisikan nya..

    BalasPadam