Jumaat, 13 Februari 2009

Malaysia ku...

Salam untuk semua kawan-kawan..

Buat masa sekarang ni aku masih blur tentang isu politik di perak,
semua berita dari akhbar yang aku baca memihak pada parti politik yang tertentu,di kaca tv pun sama,
tak ada yang boleh menyakinkan hati aku ini untuk menyebelah mana-mana pihak,
masing masing dengan agenda yang tersendiri,bagi aku pulak aku buat keputusan tunggu dan lihat,
apa kesudahan drama politik malaysia ini,mampukah para pendukung politik kita ni membantu
menaikkan ekonomi dan taraf hidup para penyokong mereka,mengekalkan kestabilan ekonomi negara,dan yang paling penting mengukuhkan kuasa politik MELAYU yang semakin pupus ini,dan aku sangat berharap supaya kuasa politik masih ditangan orang-orang melayu tak kira sapa pon memerintah baik UMNO,PAS dan apa jugak parti yang ditunjangi oleh para pemimpin berbangsa MELAYU. Rasanya tinggal kuasa poltik sahaja yang orang MELAYU ada di negara kita MALAYSIA ni,dalam bab ekonomi,kita orang-orang MELAYU ni macam tak nampak pon...
semuanya di pegang oleh penyokong MCA,DAP dan GERAKAN.
Hai orang-orang MELAYU...bangun lah kamu semua dari mimpi indah kamu...jangan tertipu dengan keindahan mimpi itu....

selamat menempuhi alam realiti wahai orang-orang MELAYU..

Rabu, 11 Februari 2009

Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS: Penduduk Israel mengundi semalam dalam apa yang disifatkan sebagai persaingan sengit antara bekas Perdana Menteri wilayah Yahudi itu, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Luarnya, Tzipi Livni, dengan parti berhaluan kanan yang dipimpin Netanyahu dijangka menang.

Undian dibuka pada jam 7.00 pagi waktu tempatan dan ditutup 15 jam kemudian, dengan lebih 5.2 juta pengundi layak membuang undi di 9,263 pusat pembuangan undi di seluruh wilayah itu. Hujan lebat dan angin kencang dijangka menjejaskan peratus yang keluar mengundi.

Selama beberapa minggu, tinjauan pendapat memberikan kemenangan kepada Netanyahu, pemimpin Parti Likud berhaluan kanan yang mesra media tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, Livni semakin mendapat tempat walaupun Parti Kadima masih belum pulih sepenuhnya dari siri skandal rasuah yang memaksa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, meletak jawatan.

Kejutan besar dalam kempen ialah kemunculan Avigdor Lieberman, pendatang Soviet bermulut celupar yang semakin mendapat sokongan menjelang serangan ke atas Gaza ketika berikrar akan memusnahkan musuh Zionis.

Dengan tinjauan pendapat menunjukkan parti Lieberman, Yisrael Beitenu, menggantikan Parti Buruh di tempat ketiga, Lieberman kelihatan berkemungkinan memainkan peranan penting dalam kerajaan yang pembentukannya amat penting dalam menentukan nasib usaha damai di Asia Barat.

Tiada satu pun parti dijangka memperoleh lebih satu pertiga kerusi dalam Knesset yang mempunyai 120 kerusi, 120 kerusi Parlimen dan rundingan kerajaan gabungan menjanjikan tugas sukar. - AFP